Mengenai Kami

Lembaga Kesan Kolektif telah ditubuhkan pada Mei 2021 dan dianggotai oleh wakil agensi dan komuniti. Lembaga ini telah ditubuhkan selaras dengan Rekomendasi 26 laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Lembaga Kesan Kolektif menyediakan nasihat dan cadangan kepada Perkhidmatan Kaiwhakaoranga untuk membantu memaklumkan perkhidmatan dan sokongan yang diberikan kepada komuniti yang terlibat.

Latar Belakang

Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas serangan pengganas Christchurch telah membuat cadangan untuk menyokong keperluan pemulihan yang berterusan untuk keluarga, mangsa yang terselamat dan saksi yang terlibat.

Suruhanjaya Diraja merekomendasi penubuhan Lembaga Kesan Kolektif, untuk mempadukan masyarakat dan agensi kerajaan bersama-sama untuk membimbing dan menasihati bahawa terdapat perkhidmatan tersedia untuk menyokong keluarga dan individu yang terjejas akibat peristiwa 15 Mac 2019.

Lembaga Kesan Kolektif telah ditubuhkan pada 25 Mei 2021 dan Pengerusi Lembaga Pengarah dilantik pada mesyuarat pertama mereka pada 9 Jun 2021.

Lembaga Kesan Kolektif adalah rekomendasi 26 laporan Suruhanjaya Diraja.

Rekomendasi 26: Menyiasat dan mewujudkan Rangkaian dan Lembaga Kesan Kolektif atau mekanisme lain yang berkaitan yang membolehkan agensi sektor awam, pertubuhan bukan kerajaan dan keluarga mangsa, mangsa terselamat dan saksi bersetuju dengan program kerja khusus untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dan berterusan kepada keluarga mangsa, mangsa terselamat, dan saksi.

Keahlian Lembaga

Wakil Masyarakat membentuk majoriti Lembaga Kesan Kolektif, bersama wakil agensi kerajaan. Mereka mungkin ahli keluarga mangsa atau orang lain daripada komuniti mangsa.

Ahli Lembaga

  • Hamimah Ahmat (Tuyan) (Pengerusi Lembaga)
  • Jane Parfitt (Pengerusi Bersama)
  • Maha Elmadani
  • Maha Galal
  • Maysoon Salama
  • Mazharuddin Syed Ahmed
  • Nathan Brent Smith
  • Sheikh Hasan Rubel
  • Humaira Hakeemi
  • Diane McDermott (Pesuruhjaya Wilayah Canterbury, Kementerian Pembangunan Sosial)
  • John Price (Komander Daerah Canterbury Superintendan, Polis NZ)
  • Phil Riley (Ketua Perniagaan Penyampaian Perkhidmatan Pelanggan, Perbadanan Pampasan Kemalangan)
  • Nick Tolan (Immigrasi New Zealand)
  • Claire Appleby-Phillips (Wakil Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah, Pemerhati Tanpa Mengundi).

Lembaga Kesan Kolektif akan memberikan nasihat dan cadangan kepada Perkhidmatan Kaiwhakaoranga untuk membantu memaklumkan perkhidmatan dan sokongan yang diberikan kepada komuniti yang terlibat. Wakil Masyarakat telah dipilih dan dilantik melalui proses pencalonan.